Friday, 15 July 2016

Assalamualaikum.....

1)    MUKADIMAH  PERJALANAN.

        Dalam merialisasikan impian untuk bekerja di australia kami telah bertemu dengan beberapa orang agen namun kebanyakannya tidak meyakinkan(kebanyakannya tak pernah pergi )tapi meletakkan harga yg tinggi yakni empat hingga  lima ribu ringgit sebagai yuran perkhidmatan sahaja.Setelah banyak agen yang saya temui akhir sekali saya bertemu dengan seorang anak muda yg ada mempunyai pengalaman bekerja diladang (kini menjadi agen sepenuh masa).Setelah berlaku tawar menawar akhir sekali beliau menawarkan kami 1500 myr sebagai yuran perkhimatan tak termasuk urusan tiket dan visa (Untuk tiket visa dan fees jumlah yang perlu dibayar adalah lebih kurang 3500 myr)..ALHAMDULILLAH beliau jujur orangnya dan kami mendapat tiket serta visa pada keesokanharinya .Secara purata kos keseluruhan lebih kurang 5000 myr,termasuk duit poket 1500 myr.



2)    SEBUAH CATATAN PERJALANAN.

        
      Saya dengan sahabat saya bertolak dari klia pada 5/4/2016,penerbangan 10:45pagi dan selamat mendarat dilapangan terbang melbourne pada jam 10:30mlm.Setelah beratur lebih kurang satu jam yakni urusan dokumentasi maka kami pun dbenarkan keluar,alhamdulillah!!!Sebaik melangkah keluar dari pemeriksaan imigresen,seperti disarankan oleh agen kami terus mendapatkan kad prabayar bagi memudahkan urusan membuat atau menerima panggilan.(kami guna OPTUS prepaid).Setelah selesai urusan pendaftaran prepaid kami terus membeli tiket bas lalu menaiki bas yang sedia ada dipintu hadapan airport utk menuju ke destinasi berikutnya southern cross, yg terletak berhampiran pusat bandar Melbourne .Memandangkan sampai disouthern cross telah lewat malam kami terus mengambil keputusan check in di motel yg telah ditempah oleh agen di malaysia,dgn harga 32  aud semalam(bayar sendiri/agen hanya tolong booking sahaja)


Restaurant Halal di Melbourne
Bersama rakan
   





















 3)  BERMULANYA  DISINI/ PERJALANAN YG BERLIKU      


 Dalam perjalanan menuju ke destinasi (mildura),di stesyen keratapi kami telah  bertemu dengan ramai rakan- rakan dari malaysia,kami bersembang dan bertanya khabar serta bertukar pandangan lalu ada diantara mereka  menyatakan kepada kami bahwa kami telah sampai pada tarikh serta masa yang salah sebab ketika kami sampai musim buah sudah sampai pada penghujungnya ini disebabkan musim sejuk sudah terlalu hampir tambahan pula pihak imigresen kerap melakukan serbuan ketika ini,maklumlah penghujung musim.Setelah berbincang kami mengambil keputusan untuk mengabaikan tempat yang hendak kami tuju kerana beberapa orang yang kami temui disini menyatakan mereka datang dari mildura dan tiada pekerjaan ketika ini.Dlm termanggu manggu mencari arah tuju kami diajak oleh seorang kenalan baru pergi mencuba nasib ditempat dimana rakannya sedang bekerja di WANGARATA.

4)   WANGARATA....DATANGKU TIDAK DIJEMPUT                       PERGIKU TIDAK DIHALANG.

       Setelah membeli tiket dgn menaiki keratapi maka bermulalah episod baru perjalanan menongkah arus....bukan mildura tetapi wanggarata.(pihak agen masih terus menghubungi kami bila nak sampai mildura/saya memberi alasan yg kami nak berehat dulu,enggan pergi sebab banyak maklumat yang diterima dari rakan rakan selain dari tiada pekerjaan dan banyak serbuan bayaran yang dibayar agak murah,saya tanya sendiri pada wakil agen)SEBAB ITU RAMAI YANG LARI.Sebaik sampai di wangarata kami dijemput oleh sahabat kenalan baru tadi.
 

No comments:

Post a Comment