Friday 15 July 2016

  5)  WANGGARATA ...REZEKI KAMI BUKAN DISINI.


          Setelah hampir sejam menunggu di stesyen keretapi WANGGARATA maka seperti dijanjikan kami dijemput dgn menaiki van untuk dibawa ke tempat tinggal yang terletak didalam ladang,sebelum itu sempat alas perut dgn memakan kebab yg dijual di pekan berhampiran.Dalam perjalanan ketempat tinggal kami tak banyak bersembang,mungkin disebabkan jarak perbezaan usia atau berlainan cara berfikir mungkin agaknya,mujur kenalan baru kami tadi jenis riuh lagi pun berjumpa orang kampong maka tak lah rasa bosan sangat mendengar cerita mereka.Sebaik sampai ke destinasi kami pun diperkenalkan dengan rakan rakan yang sedia ada lebih kurang sepuluh orang semuanya.Tujuh lelaki cina dan tiga lelaki melayu (mereka semua baik belaka).Setelah menyatakan hasrat yang kami ingin mencari kerja disini masing masing tak dapat bagi jawapan,akhinya setelah seminggu berada disini kami mengambil keputusan utk pergi ke mildura destinasi asal kami.Mujur kami sering in touch dengan wakil agen,dan apabila kami menyatakan yg kami hendak ke mildura maka wakil agen tadi menyuruh kami segera bertolak ke mildura sebeberapa cepat yang mungkin.

  6)   WANGGARATA KE MILDURA...TIDAK KESAMPAIAN              JUA!!!!

         Untuk ke MILDURA kami harus transit di sebuah pekan yang bernama SHERPATON,sebaik saje sampai di sherpaton sekali lagi kami bertemu dengan sekelompok rakan-rakan dari malaysia yang kehilangan kerja atau sedang mencari kerja,so lagi sekali mildura jadi igauan bagi kami!!!Masing-masing bercakap mengenai mildura cerita yang sama...tidak berbaloi untuk pergi,setelah berbincang dgn rakan kami pun mengambil keputusan untuk mengikuti seorang anak muda yang mengajak kami untuk bekerja bersama mereka diladang anggur di robinvale.OFF CAUSE SETUJU!!!

   7)    ROBINVALE....REZEKI KAMI DISINI.

       Sebaik sampai di pekan robinvale saya disambut oleh seorang supervisor ladang berbangsa cina,muda dan ramah orangnya.Saya terus dibawa kerumah penginapan yang berbentuk kabin yang dibahagi bahagikan beberapa bilik.Setiap bilik base on sharing 4 orang sebilik.Setiap orang perlu membayar 90 aud campur deposit 50 aud (sebaik masuk).


Robinville 
Bersama rakan dari Cheras

  8)      PENGALAMAN PERTAMA BEKERJA                                          DILADANG/WINTER SEMAKIN HAMPIR

Hari pertama bekerja saya diarahkan utk bekerja berdua....ini disebabkan proses menyesuaikan diri dan pembelajaran.setelah dua minggu bekerja barulah saya dibenarkan untuk bekerja secara bersendiri.Pada permulaan kerja (berdua)saya hanya boleh buat dalam 10-15 kotak sehari kali dengan 7 hari bekerja seminggu kali dengan 3.50 aud sekotak,bersamaan dengan 367.50 aud/bahagi dua pulak tu,dapatlah 183.75 seminggu belum tolak duit sewa rumah dan kenderaan lagi...jawapannya tak ada duitlah untuk menyimpan utk dua minggu pertama.Setelah mahir dan boleh buat sendiri mulalah saya cuba utk buat secepat mungkin tapi faktor usia membataskan saya untuk bersaing dengan budak-budak muda yang purata boleh dapat 35-45 kotak sehari.25-30 kotak adalah average yang mampu saya lakukan setiap hari,namun dengan kekangan musim sejuk yang mula mendatang serta kekurangan buah yang ada serta lambakan tenaga kerja yang ada adalah sukar utk kita mendapat kerja penuh setiap minggu .Jadi pendapatan saya hanya sekitar 350-400 aud /seminggu.Setelah hampir sebulan berada disini dan kerja semakin kurang winter semakin menggigit kesejukan dan peluang kerja semakin tipis maka hampir semua pekerja mengorak langkah mencari destinasi baru,dan saya tak terkecuali,

Permandangan di ladang anggur
Hasil petikan

9) Tampaulin....Kami datang

Setelah hampir dua minggu tidak berkerja disebabkan musim hujan yang tidak berhenti,maka kami ambil keputusan untuk berpindah ke ladang yang lain,akhirnya saya dihubungi oleh seorang kontraktor untuk bekerja diladangnya dengan memetik anggur kering dan menarik dahan anggur yang telah dipotong serta melilit dahan.Disini totally kerja amat kurang disebabkan musim winter dan hujan...so apalagi mkn dan tidur ajelah,nasib baik disini contraktor agak sporting dimana dia tak minta sewa bilik.Setelah sebulan berada disini dan sempat berpuasa SELAMA DUA MINGGU ,maka sampai lah saat saya harus mengundur diri disebabkan visa hampir tamat...


*episode terakhir konklusi (bersambung)


          

Assalamualaikum.....

1)    MUKADIMAH  PERJALANAN.

        Dalam merialisasikan impian untuk bekerja di australia kami telah bertemu dengan beberapa orang agen namun kebanyakannya tidak meyakinkan(kebanyakannya tak pernah pergi )tapi meletakkan harga yg tinggi yakni empat hingga  lima ribu ringgit sebagai yuran perkhidmatan sahaja.Setelah banyak agen yang saya temui akhir sekali saya bertemu dengan seorang anak muda yg ada mempunyai pengalaman bekerja diladang (kini menjadi agen sepenuh masa).Setelah berlaku tawar menawar akhir sekali beliau menawarkan kami 1500 myr sebagai yuran perkhimatan tak termasuk urusan tiket dan visa (Untuk tiket visa dan fees jumlah yang perlu dibayar adalah lebih kurang 3500 myr)..ALHAMDULILLAH beliau jujur orangnya dan kami mendapat tiket serta visa pada keesokanharinya .Secara purata kos keseluruhan lebih kurang 5000 myr,termasuk duit poket 1500 myr.



2)    SEBUAH CATATAN PERJALANAN.

        
      Saya dengan sahabat saya bertolak dari klia pada 5/4/2016,penerbangan 10:45pagi dan selamat mendarat dilapangan terbang melbourne pada jam 10:30mlm.Setelah beratur lebih kurang satu jam yakni urusan dokumentasi maka kami pun dbenarkan keluar,alhamdulillah!!!Sebaik melangkah keluar dari pemeriksaan imigresen,seperti disarankan oleh agen kami terus mendapatkan kad prabayar bagi memudahkan urusan membuat atau menerima panggilan.(kami guna OPTUS prepaid).Setelah selesai urusan pendaftaran prepaid kami terus membeli tiket bas lalu menaiki bas yang sedia ada dipintu hadapan airport utk menuju ke destinasi berikutnya southern cross, yg terletak berhampiran pusat bandar Melbourne .Memandangkan sampai disouthern cross telah lewat malam kami terus mengambil keputusan check in di motel yg telah ditempah oleh agen di malaysia,dgn harga 32  aud semalam(bayar sendiri/agen hanya tolong booking sahaja)


Restaurant Halal di Melbourne
Bersama rakan
   





















 3)  BERMULANYA  DISINI/ PERJALANAN YG BERLIKU      


 Dalam perjalanan menuju ke destinasi (mildura),di stesyen keratapi kami telah  bertemu dengan ramai rakan- rakan dari malaysia,kami bersembang dan bertanya khabar serta bertukar pandangan lalu ada diantara mereka  menyatakan kepada kami bahwa kami telah sampai pada tarikh serta masa yang salah sebab ketika kami sampai musim buah sudah sampai pada penghujungnya ini disebabkan musim sejuk sudah terlalu hampir tambahan pula pihak imigresen kerap melakukan serbuan ketika ini,maklumlah penghujung musim.Setelah berbincang kami mengambil keputusan untuk mengabaikan tempat yang hendak kami tuju kerana beberapa orang yang kami temui disini menyatakan mereka datang dari mildura dan tiada pekerjaan ketika ini.Dlm termanggu manggu mencari arah tuju kami diajak oleh seorang kenalan baru pergi mencuba nasib ditempat dimana rakannya sedang bekerja di WANGARATA.

4)   WANGARATA....DATANGKU TIDAK DIJEMPUT                       PERGIKU TIDAK DIHALANG.

       Setelah membeli tiket dgn menaiki keratapi maka bermulalah episod baru perjalanan menongkah arus....bukan mildura tetapi wanggarata.(pihak agen masih terus menghubungi kami bila nak sampai mildura/saya memberi alasan yg kami nak berehat dulu,enggan pergi sebab banyak maklumat yang diterima dari rakan rakan selain dari tiada pekerjaan dan banyak serbuan bayaran yang dibayar agak murah,saya tanya sendiri pada wakil agen)SEBAB ITU RAMAI YANG LARI.Sebaik sampai di wangarata kami dijemput oleh sahabat kenalan baru tadi.